~Salam Ukhuwwah Fillah~

~ Wednesday, April 06, 2005

 ~Bismilahirahmanniraheem~

~"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." ~

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah",
maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu.
Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apatah lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.

Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan?
Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

posted by Sue at Wednesday, April 06, 2005



~ Tuesday, April 05, 2005

 ~Bismilahirahmanniraheem~

~Maksud firman Allah: Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.~ (AlMukmin:59)

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT Penguasa sekalian Alam, Selawat & Salam Atas Nabi Junjungan Mulia Rasulullah SAW, Kaum Keluarga serta Para Sahabat Baginda serta seluruh umat yang meneruskan perjuangan Baginda yang SUCI. Alhamdulillah syukur saya panjat kan kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan sisa2 kehidupan di alam yang fana ini. Teringat saya pada syair seorang ustaz yang saya hadiri semasa kuliah waktu rehat di UKMKL semalam yang berbunyi “ Tua muda pastikan mati, tak dapat dielak tak dapat lari,.....hanya itu yang dapat diingati menyesal betul kerana saya tidak membawa sebatang pena dan sekeping kertas pun untuk membuat sebarang catatan untuk kuliah tersebut kerana saya pergi pun secara kebetulan tanpa dirancang kalau tidak boleh dikongsi bersama para pembaca weblog ini. Itulah Kuasanya Allah bukan secara kebetulan sebenarnya saya menghadiri kuliah tersebut tapi ia adalah perancangan dan aturan Allah SWT yang Maha Pengasih & Maha Penyayang. Jika para sahabat yang berkelapangan & berkemudahan untuk hadir silalah menghadiri kuliah waktu zuhur (12.45-2pm) di UKM KL setiap hari Isnin dan hari rabu...insyaAllah banyak manfaat yang akan diperolehi.


Hujung minggu baru2 ini saya dilapangkan masa oleh Allah SWT untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga di negeri tercinta Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi tokki saya yang berumur 100 tahun lebih yang semakin uzur dan semakin lemah badannya. Walaupun tidak mempunyai sebarang penyakit, dia kelihatan semakin uzur kerana selera makannya telah berkurangan. Hampir menitis air mata apabila bersalaman dengannya yang dah tak larat nak bangun, hanya tangan dihulurkan dengan penglihatan dan pendengaran yang telah berkurang dihadapkan ke arah dinding dan badan di tempat perbaringan. Syukur saya masih lagi diberi kesempatan untuk memohon kemaafan darinya sebelum pulang kembali ke Kuala Lumpur. Moga2 Tokki sentiasa di bawah lindungan Rahmat Allah SWT. Teringat akan kematian, sebenar kematian itu pasti. Ia pasti akan berlaku tidak mengira usia, tua mahupun muda. Oleh itu perbanyakanlah mengingati mati.

Hari ini saya nak berkongsi satu hadis Qudsi iaitu BERKORBAN PADA JALAN ALLAH di mana isinya sedikit sebanyak berkaitan dengan kuliah zuhur yang dihadiri .

Firman Allah: “ wahai anak adam! Habiskanlah simpananmu kepadaKu & janganlah habis kerana kebakaran, banjir dan bukan pula kerana kecurian. Aku akan memberikannya kembali (tunai) kepadamu, apabila engkau sangat memerlukannya”. (Hadis qudsi riwayat Baihaqi, mursal dari Al-Hasan.)

Allah swt memberitakan kepada kita melalui Rasulullah saw sesungguhnya infak & membelanjakan hata @ menderma pd jln Allah adlh kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas tidak sedikit pun dicampuri riak, semata-mata kerana Allah.

Diberitahu pula bahawa perbelanjaan harta kekayaan atau infak dan derma dengan cara yang demikian, adalah simpanan dan tabungan yang disimpan di sisi Allah, sentiasa terpelihara & terjaga rapi, sehingga tidak akan terjadi kebakaran, kebanjiran atau kecurian. Apabila pemiliknya memerlukannya kembali, segera & secepat mungkin diberikan kepadanya secara tunai. Demikian jaminan Allah swt.

Dari keterangan di atas jelaslah bahawa:

semua amal perbuatan & ibadat kita, apa pun bentuknya, baik yg dilakukan oleh lidah, jasmani, hati, harta & tenaga mahupun bentuk lainnya yg dilakukan dengan niat yang ikhlas, dinamakan simpanan (kanzun) di sisi Allah
simpanan (kanzun) di sisi Allah itu terjamin penjagaan & pemeliharaannya, apabila yang empu nyanya memerlukan, segera akan dikembalikan kepadanya dengan tunai dengan mendapat tambahan yang brlipat ganda
menyimpan harta dlm erti tidak membelanjakannya pada jalan Allah, menyimpan tenaga dalam erti tidak mahu bekerja & beramal, adalah suatu perkara yg tercela, dibenci dimurkai Allah swt.

Firman Allah swt: “ Dan ingatlah orang2 yg menyimpan emas & perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari dibakar emas perak (& harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, & rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “ inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah:34-35)


Hadis nabi saw: “ setiap harta benda yang tidak dikeluarkan zakatnya disebut “barang timbunan”‘
“Ancaman bagi para penimbun harta, iaitu dengan batu bara dari neraka jahanam
” (Al-Hadis)

Terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa Allah swt sangat mengutamakan infak fisabilillah: “ Sesungguhnya harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran2Nya) serta taatlah (akan perintah2Nya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang2 yang berjaya. (At-Taghaabun: 15-17)

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia ( pada saat itu) akan merayu dengan katanya, “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang2 yang saleh’. Dan ingatlah, Allah tidak sekali2 akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan”. (Al-Munaafiquun: 10-11)

Bandingan (derma) orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah: 261)

Semoga Allah swt menjadikan kita suka membelanjakan harta di jalanNya. Amin .

Wassalam


posted by Sue at Tuesday, April 05, 2005



~ Thursday, March 31, 2005

 ~Bismilahirahmanniraheem~

~Firman Allah SWT: “ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman, “ sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang2 yang sebenar2nya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang2 yang berdusta.” (Surah Al-Ankabuut: 2-3) ~

Hidup ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka yang silih berganti. Barang siapa yang merasakan hidup ini senang semata2, suka semata2 & mewah semata2 atau menduga sebaliknya susah semata2 dan sebagainya sudah pasti sangkaan & dugaan itu salah. Itulah rupanya seni hidup, sunatullah pada alam ini.

Hidup ini penuh dengan ujian & cubaan. Segala sesuatu apabila tidak diuji & dicuba, tidak nampak keasliannya, sehingga orang tidak tahu yang mana emas dan yang mana kaca. Seperti firman Allah yang tertulis dalam surah Al-Ankabuut: 2-3 di atas.

Oleh itu perlunya sifat syukur & sabar dalam diri kita. Sikap berlapang dada & berilmu tidak terjadi dengan sendirinya pada diri kita, akan tetapi diperolehi melalui satu latihan. Sebaik-baiknya kita sebagai umat Nabi Muhammad saw memiliki kedua sifat ini sehingga sesuai dengan jolokan Muslim.

Kesimpulan daripada beberapa hadis Qudsi telah menyatakan:

1. Allah swt telah memberikan khabar gembira kepada umat terdahulu sebelum kita tentang kedatangan umat Islam iaitu umat Nabi Muhammad saw


2. Umat Islam ini mempunyai kedudukan utama dan istimewa sebab senang menerima petunjuk dan pimpinan Khaliqnya, senang melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya

3. Umat ini senang menghargai nikmat & mensyukurinya, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan

4. Umat ini tidak kenal putus asa ketika ditimpa musibah atau dikenakan ujian. Mereka sabar & saling menasihati untuk bersabar

5. Umat ini bersikap lapang dada, penyantun & tidak cepat marah sehingga tidak selalu resah gelisah

6. Umat ini mempunyai ilmu pengetahuan dari kurniaan Allah, mempunyai hikmah & cita2 yang tinggi untuk mengejar & mencapai ilmu pengetahuan

7. Kedua sifat yang terpuji, iaitu senang kepada ilmu pengetahuan, sikap penyantun serta berlapang dada, berkembang dari sikap tekun dan teguh pendirian (Istiqamah) pada jalan yang hak dan mengikuti petunjuk dariNya

Berbahagialah umat Islam yang mengikuti perintah Tuhannya, menjauhi laranganNya, dengan berpandukan kepada Al-Quran serta mengikuti jejak RasulNya.

Alangkah indahnya apa yang dilukiskan di dalam Al-Quran tentang sifat “sabar dan redha” yang menghiasi akhlak umat Islam apalagi kalau dilengkapi dengan akhlak terpuji lainnya seperti zuhud, mengeratkan silaturahim dan sebagainya.

Hadis riwayat Bukhari & Muslim

“Tidak ada musibah yang menimpa seperti keletihan, kelesuan, sakit, duka, susah atau gangguan walau hanya tusukan duri sekalipun, melainkan dihapuskan Allah sebahagian dari dosanya”


Mudah-mudahan Allah s.w.t menghiasi diri kita dengan sikap berlapang dada, penyantun dan berilmu pengetahuan yang tinggi serta berakhlak dengan akhlak yang terpuji. Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam golongan orang Mukmin yang tabah, yang sentiasa berlapang dada dalam menempuh segala ujian, baik berupa ujian penderitaan mahupun ujian kesenangan. Amin ya Rabbil ‘alamin.

posted by Sue at Thursday, March 31, 2005



~ Wednesday, March 30, 2005

 ~Bismilahirahmanniraheem~

~Jika hati sejernih air, jangan biar ia keruh, jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung, jika hati seindah bulan hiasilah dengan iman.~

Alhamdulillah SYUKUR dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan sisa-sisa baki kehidupan di alam yang fana ini. Selawat & salam buat junjungan yang mulia Rasulullah SAW serta para sahabat dan para pengikut baginda.

Sudah lebih dari 1400 tahun kita ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan Alhamdulillah sampai ke saat ini kita masih lagi dapat merasai nikmat IMAN & ISLAM yang merupakan buah drpd usaha dan kegigihan yang berterusan dalam memikul tugas yang telah diwariskan oleh Baginda Rasulullah SAW. Para sahabat, tabien dan alim ulama silih berganti memikul tugas sebagai PEWARIS NABI. Dengan semangat merekalah hingga ke saat ini umat Islam merupakan seperlima dari penduduk dunia.

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada sebuah buku PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. Terdapat 40 Hadis yang diberikan di dalam buku ini. InsyaAllah akan cuba saya kongsikan satu persatu dengan sahabat-sahabat yang berkesempatan mengunjungi weblog ini. Oleh sebab kita telah berada di akhir zaman, eloklah rasanya kita melihat di persekitaran kita dan lihatlah pada diri kita sendiri di mana tanda-tanda yang dinyatakan di dalam 40 Hadis ini telah pun banyak berlaku pada zaman ini. Moga-moga dengan sedikit ilmu yang dikongsi dapat memuhasabah diri saya sendiri dan dapat diambil pengajaran. Mudah-mudahan Allah swt mencucuri kita dengan rahmat, taufiq dan hidayahNya. Amin.

HADIS 1: Taqwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman
HADIS KE-2: Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan
HADIS KE-3: Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
HADIS KE-4: Ilmu Agama Akan Beransur-Ansur Hilang
HADIS KE-5: Umat Islam Mengikuti Langkah2 Yahudi & Nashrani
HADIS 1: Taqwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman


Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Ertinya: Daripada Abi Najih Irbadh bin Sariyah ra berkata: “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: “ Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah & mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah2 yang mengetahui kebenaran & mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara2 yang baharu (bidaah) yang diada2kan, kerana sesungguhnya tiap2 bidaah itu adalah sesat”

Keterangan
Hadis di atas mengandungi pesanan2 yang sangat berharga drpd Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya iaitu:

1: hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


2: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimim walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnah nabi saw dan sunnah2 khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

3: Berpegang teguh kepada sunnah nabi saw dan sunnah2 khulafa ArRasyidin al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman & Ali ra) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitu lah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jemaah yang mana hanya penganut ini yang mendapat jaminan keselamatan daripada api neraka dan mendapat balasan syurga si hari kiamat kelak.

4: menjauhi perkara2 bidaah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang telah pun sempurna, padahal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil maka tidaklah perkara2 yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidaah hasanah)

Bersambung..............




posted by Sue at Wednesday, March 30, 2005



~ Tuesday, March 29, 2005

 ~Bismillahirahmaniraheem~

~Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)


ingatkah dikau di mana di dalam sejarah sepasang mata menjadi hadiah?
"kenapa kau mengikutiku?"
"Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh,Namun mengundang seribu sesalan

Muslimat…
Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu


Wahai muslimat…
Aku sering bertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim

Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis

Benar
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Ilahi
Dan diinsafi seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat…begitulah perjuanganmu
Tundukkan pandanganmu
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki
Ketuk keegoan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Muslimat…
Inilah jalanmu
Lalu mungkin
Engkau akan melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnya
Da'ie bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah

…renungkan dengan mata hati kerana pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu
…pandangan hati itu yang hakiki…

wassalam

posted by Sue at Tuesday, March 29, 2005



~ Friday, March 25, 2005

 ~Bismillahirrahmanirrahim~

SedekahRakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) olehUstazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggungkesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yangkamu sorokkan di tanganmu?

"Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi akutelah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitanini." Balas gadis tadi."

Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."

Aku bermimpiberjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amatdahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluarkerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannyaada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebutuntuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibukuadalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taatkepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya duabenda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernahdisedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka danmenunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedangmenjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaganabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan danmenaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di duniakulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurgatelah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinyakerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantasmenceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambartanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.

" Panjang lebargadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebutlalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranyamimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibarkepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

posted by Sue at Friday, March 25, 2005



~ Tuesday, March 22, 2005

 ~Bismillahirahmaniraheem~


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyakgamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di meratatempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

wassalam

posted by Sue at Tuesday, March 22, 2005



~ Friday, February 04, 2005

 ~Bismilahirahmaniraheem~

Salam Ukhuwwah Fillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang meneruskan sisa2 hidup didunia yang fana ini. Alhamdullillah dibangkitkanNYA kembali selepas dimatikan buat seketika dimalam hari, masih dikurniakan seribu nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Nikmat yang paling besar nikmat IMAN, ISLAM & AL-QURAN. Moga terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Marilah sama2 kita bersyukur kerana nikmat kehidupan yang masih dikurniakan olehNYA memberikan kita peluang untuk terus memohon keampunan dariNYA diatas segala perbuatan dosa2 yang telah terlalu banyak kita lakukan. Moga2 mendapat keampunan dariNYA yang bersifat MAHA PENGASIH, PENYAYANG lagi MAHA PENGAMPUN akan dosa hamba2NYA. Selawat & Salam ke atas Nabi Junjungan kita, keluarga Baginda serta Para Sahabat yang berjuang menengakkan ISLAM di atas bumi ALLAH ini.

Hari ini hari Jumaat 24 Zulhijjah saya ingin berkongsi sedikit Ilmu yang saya perolehi melalui sebuah buku Penyingkapan Hati kepada Rahsia2 Ilahi tulisan Imam Ghazali. Semoga pada hari Jumaat yang mulia ini dapat saya isi dengan perkara2 yang bermanfaat bersama sahabat yang sudi mengunjungi weblog saya.

Wahai anak Adam!

Di dalam Hadis Qudsi, Allah Ta’ala telah berfirman :

Wahai anak Adam! Jgnlah kamu tergolong dr orang2 yg melengahkan taubat & memanjangkan cita2 kemudian kamu pulang ke kampong Akhirat tanpa sebarang amalan, mereka bercakap seperti orang Abid yang banyak beramal ttp melakukan perbuatan2 org munafiq, apbila dberi tidak merasa cukup & apbila dtegah tidak bersabar dgnnya, mereka menyintai org2 shalih ttp tidak mendampingi mereka, & menbenci org2 munafiq ttp bergaul mesra dgn mereka, mereka menyuruh kpd kebaikan ttp mereka sendiri tidak mengamalkannya, & mereka mencegah dr kejahatan ttp mereka berterusan melakukannya.”

Saiyidina Ali k.w.j berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: Nanti pada akhir zaman, akan datang suatu kaum yg muda tegap orangnya, ttp kurang akalnya, mereka pandai bercakap ttg hukum2 Allah , ttp tidak pernah melaksanakannya. Mereka melepaskan kata2nya mengenai Agama laksana seorg pemanah melepaskan panah pd sasarannya.

Rasulullah saw bersabda: Di malam aku diisra’kan, aku telah melihat di langit seorg lelaki menggunting bibirnya dgn gunting api neraka. Lalu aku tanyakan kepada Saiyidina Jibril: Siapakah mereka ini, wahai Jibril? Ia menjawab: Mereka adalah orang2 dari umatmu yang berkhutbah menyeru manusia lainnya kepada kebaikan sedang mereka lupakan diri mereka sendiri sesuai dengan firman Allah Ta’ala: Ertinya:

“ Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, sedang kamu melupakan dirimu (kewajipanmu) sendiri, padahal kamu membaca Kitab Allah (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?’ (Al- Baqarah: 44)

Yakni mereka membaca kitab Allah & tidak pernah mengamalkan isi kandungannya, mereka menggalakkan orang lain bersedekah sedang mereka sendiri melarikan diri dari bersedekah.


Kerjakan Kebaikan

Oleh itu, bagi setiap diri org mukmin perlu menyeru kepada kebaikan & mencegah kemungkaran serta janganlah melupakan diri sendiri sesuai dgn maksud firman Allah:

Ertinya: “ Dan orang2 yang beriman , lelaki & perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yg lain. Mereka menyuruh mengerjakan yg ma’ruf, mencegah dari yg mungkar, dan mereka mendirikan shalat..” (At-Taubah:71)

Ayat ini menyifatkan org2 mukmin spy menyuruh melakukan kebaikan, maka mereka tidak mengikut perintah di dalam menyuruh melakukan kebaikan tidak tergolong daripada mereka yang disifatkan Allah dalam ayat ini. Dan Allah mencerca kaum2 yg meninggalkan perintah menggalakkan ,manusia kpd kebaikan, sebagaimana firmanNYA:

Ertinya: “ Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yg mereka kerjakan , sesungguhnya amat buruklah apa yg selalu mereka perbuat itu” (Al-Maidah: 79)

Diriwayatkan drpd Abu Darda’ ra katanya: Hendaklah kamu menyuruh melakukan kebaikan & mencegah melakukan kemungkaran, jika tidak nescaya Allah akan meletakkan kamu didalam pemerintahan raja yg zalim, orang2 tua dari kalangan kamu tidak lagi dihormati, kanak2 pula tidak dikasihani, apabila org2 yg baik dr kalangan kamu berdoa, doanya tidak lg dimakbulkan, apbila mereka minta dibantu, nescaya mereka tidak akan diberi bantuan, apabila mereka minta diampuni, nescaya mereka tidak akan mendapat pengampunan Allah.

Daripada Saiyidatina Aisyah r.a bhw Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta’ala telah menimpakan azab kepada seramai 18 ribu orang penduduk sebuah kampong yg mengamalkan perbuatan para Anbiya’. Mereka betanya kehairanan : Wahai Rasulullah! Bagaimana boleh terjadi sedemikian itu? Baginda SAW menjawab : Mereka tidak pernah marah kerana Allah {maksudnya mereka tidak marah apabila berlaku perkara2 yang mencemarkan agama Allah}, & mereka tidak menyuruh melakukan kebaikan serta tidak juga melarang melakukan kemungkaran”

Marilah sama2 kita bermuhasah diri dan melihat akan Kekuasaan Allah. Telah banyak tanda2 yang berlaku pada zaman ini. Mungkin kita telah berada pada akhir zaman kerana apa yg telah diriwayatkan & disabdakan oleh Rasulullah saw telah kembali & banyak berlaku dizaman ini. Salah satunya peristiwa yang baru berlaku iaitu “TSUNAMI”. Sama2 kita renungkan & berusaha memperbaiki diri semoga lebih mendekatkan kita kepada Pencipta Yang Maha Agong. Wallahuaklam. IsyaAllah jika dipanjangkan usia bersambung minggu hadapan…Wassalam.


















posted by Sue at Friday, February 04, 2005



~ Monday, January 31, 2005

 ~Bismillahirahmaniraheem~

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
'Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit TuhanS
erta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Diamemanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ketanah Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalananGuna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Marilah sama2 kita bermuhasabah diri, moga2 hidayah & petunjuk Ilahi mengiringi kehidupan kita ke negeri Abadi.

Wassalam

posted by Sue at Monday, January 31, 2005



~ Saturday, January 29, 2005

 ~Bismillahirahmaniraheem~

Musibah uji kesabaran umat
Oleh Mohd Shukri Hanapi

MUSIBAH adalah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Begitu pun, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Kemudian Allah jelaskan lagi mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya bermaksud: "(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 156).

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji (al-Tabariy, 1996. Jami' al-Bayan fi Ta'wil al-Qur'an jld. 2 muka 45). Ujian Allah itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Perkara itu untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan yang ditempuhinya. Jadi, jelaslah bahawa orang yang sabar itu adalah yang tetap beriktikad, bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah yang amat berat. Malah, mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takut azab-Nya.

Ibn Kathir ketika mentafsir ayat di atas (ayat 156, surah al-Baqarah) menjelaskan: "Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya." (Ibn Kathir, 1992. Tafsir al-Qur'an al-'Azim jilid 1, muka 203).Untuk mengukuhkan tafsirannya, Ibn Kathir membawakan beberapa hadis, antara yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud:

"Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu dia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah ayat 156, surah al-Baqarah yang bermaksud) "Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik."

"Ummu Salamah berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah sendiri. "Ummu Salamah berkata: Baginda mengutuskan Hatib Bin Balta'ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Ummu Salamah berkata lagi: Aku telah mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda: Mengenai anak perempuannya, kita doakan semoga Allah cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah hilangkan rasa cemburunya itu." (al-Nawawiy, 1996. Syarh Sahih Muslim. hadis no. 918 jld. 6 muka 520).

Berdasarkan kefahaman hadis di atas, balasan Allah atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya, Abu Salamah, adalah beliau dikahwini oleh Rasulullah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal bermaksud: "Abu Sinan berkata: Setelah aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulaniy, lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata:

Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakanmu? Jawab Abu Sinan: Baiklah. Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin 'Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: Sabda Rasulullah bahawa Allah berfirman (yang bermaksud): Wahai Malaikat Maut, engkau mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut: Ya!. Lalu Allah berfirman, apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)?. Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Maka Allah berfirman: Binalah untuknya sebuah rumah dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd" (Ibn Kathir, 1992. Tafsir al-Quran al-'Azim, jilid 1 halaman 204).

Hadis kedua ini pula menjelaskan sikap Abu Sinan yang tetap memuji Allah walaupun anak kesayangannya meninggal dunia. Sebagai balasan dibina sebuah rumah untuknya dalam syurga. Jelaslah, ujian Allah untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang-lenang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Allah menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah itu, bukanlah sekadar kematian, malah didatangkan dalam berbagai bentuk dan keadaan. Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah, Allah akan menggantikan sesuatu yang yang hilang itu dengan sesuatu perkara yang lebih baik, seperti yang dijelaskan dalam hadis di atas.

Jadi, dalam hal ini setiap umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul iaitu dengan berakidahkan bahawa semua makhluk yang wujud di bumi ini adalah hamba dan milik Allah. Sebaik mengaku bahawa kita sebagai hamba dan milik Allah, hendaklah meredai apa juga musibah yang menimpa.

Sebenarnya, di sebalik musibah itu mempunyai hikmah besar, di mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Maka dengan ketabahan hati menghadapi kesukaran, kesulitan dan penderitaan, ia sebenarnya sebagai latihan untuk menempuh banyak lagi penderitaan pada masa akan datang. Orang yang tabah sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat oleh Allah.

Jiwa yang sering melalui proses ujian ini semakin lama semakin teguh kerana sentiasa digembleng dan disaring oleh zaman.

Secara khususnya kepada mangsa gempa bumi dan tsunami, baru-baru ini, diharapkan dapat menempuh musibah itu dengan banyak bersabar. Hanya dengan sabar semua kesulitan dan penderitaan dapat diatasi. Hal ini kerana sesuatu kehidupan itu tidak membeku begitu saja. Mudah-mudahan hasil daripada kesabaran itu, Allah akan berikan ganjaran pahala dan gantikan segala harta benda yang rosak itu dengan harta benda lain yang lebih baik.

Wassalam

posted by Sue at Saturday, January 29, 2005



 ~Bismillahirahmaniraheem~

KEIKHLASAN HATI

Di dalam pengalaman hidup mencari kawan yang setia susah sekali
Macam susahnya mencari gagak yang putih, mana ada
Begitu juga jiran yang mulia macam keluarga payah dicari
Macam payah diperolehi intan permata untuk dipunyai

Taat setia seorang pengikut kepada pemimpin serupa sahaja
Kerana itulah ramai rakyat yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan seorang pemimpin payah dijumpai
Keadilannya hanya tinggal slogan di dalam realitinya yang tidak ada

Juga yang bertanggungjawab terhadap amanah amat susah sekali
Ramai yang bertangungjawab terhadap amanah mengambil mudah atau
bermudah-mudahan
Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas di dalam beramal lagi payah
Kerana ALLAH itu hanya pemanis kata, realitinya tiadaIkhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Sedangkan perjalanan hati payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
Ia adalah rahsia ALLAH yang Maha Mengetahui perjalanan hati
Pintalah kepada ALLAH hidayah dan taufikNya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti.

Wassalam

posted by Sue at Saturday, January 29, 2005



~ Tuesday, January 18, 2005

 ~Bismillahirahmanniraheem~


THUNAMI: BENCANA ALAM ATAU TANDA KEBESARAN TENTERA-TENTERA ALLAH
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (7:133)

KEHANCURAN UMAT TERDAHULU KERANA DOSA MEREKA SENDIRI
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (6:6)
Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17:17)
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka. (18:59)

KEBINASAAN DATANG PADA WAKTU YANG TIDAK DISANGKA
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (7:4)

KEBINASAAN UNTUK MEREKA YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH
(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. (8:54)

KENI'MATAN TIDAK SEMESTINYA TANDA SAYANG
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata. (19:74)

BALA DATANG SEPANTAS KILAT TIDAK TERDUGA
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu. (19:98)

PENGAJARAN KEJADIAN YANG BERLAKU UNTUK YANG BERAKAL
Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: Berapa banyak Kami telah binasakan dari kaum-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. (20:128)

ANCAMAN KEBINASAAN KEPADA YANG MELAMPAUI BATAS
Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas. (21:9)
Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya. (21:11)

KEMEWAHAN UNTUK DISYUKURI BUKAN MAKSIAT
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (17:16)

PENDUSTA AYAT-AYAT ALLAH AKAN RUGI DUA KALI
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat). (7:147)

KEDATANGAN PARA NABI MERUPAKAN PEMBERI AMARAN DAN PEMBAWA BERITA GEMBIRA
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4:165)

BERTAUBAT SELEPAS TERLANJUR DIJANJIKAN AMPUNAN
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (4:110)

WAJIB TAAT PEMIMPIN PADA PERKARA SELAIN MAKSIAT
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya (Muslim)

BERTAUBAT DENGAN MEMPERBAIKI 'AMALAN
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (2:160)

SENTIASA BERDOA MEMOHON BANTUAN DAN PERTOLONGAN
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (2:128)

ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (4:17)

Sekian, Wallahu a'lam.

posted by Sue at Tuesday, January 18, 2005



~ Friday, January 14, 2005

 ~Bismillahirahmaniraheem~


Sebak dada bila membaca cerita ni .... Tetapi ianya bagus ... Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah ...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh. Nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap ........ Asyhaduallailahaillallah ..........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil."Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas."Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....Tapi mataku ....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akanberpisah. Tapi, ibu ..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku."Yaaassin ......" bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut ......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut."Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan"Panas, dahaga, haus, panas .........". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang, "Nenek ............"."Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini"."Ibu .......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi .....". Ayah ........ kau datang ayah ......."."Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga"."Nenek .... ibu ..... ayah ..... suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah ......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang."Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut ........!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku."Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah .......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun ....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk."Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya ......"."Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnyaterdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya ...... jijik, loya, aku rasa ......... teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?"."Tidak!" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya."Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji ..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan kupelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak, tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ini?????"Tolong .... sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu ..... malu ..... malu......!".Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu."Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas .... panas .........".Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh abang ku, bapa ku, kawan kawan ku...setapak demi setapak."Al-Fatihah!" Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang, tapi ke mana dia bawanya aku?.Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku."Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!".Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu."Perlahan-lahan .. " aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun ....... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar ........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelapdan ...... aku kini keseorangan."Nanti! Nanti!Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan akuseorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH.....

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK ... DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

posted by Sue at Friday, January 14, 2005



~ Saturday, January 08, 2005

 Catatan ini di ambil drpd email seorang shbt utk dikongsi dgn shbt2 lain yg dikasihi fillah & istimewa buat shbtku diana mohd Noor

CINTAKU PADAMU TEMAN

Sebahagian orang merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran
seorang teman. Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya. Orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya, tanpa Cemburu dan
banyak cela.

Menyayangi teman, sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain.
Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki
ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain yang
kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan. Namun tiap-tiap kecintaan
mengisi bilik-bilik hati yang berbeza-beza. Kesemua cinta hendaknya merupakan suatu
refleksi cinta kepada Allah SWT. Suatu perbendaharaan keemasan dari keimanan, desiran
sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.

Teman, bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan. Harapan untuk
dapat saling menegur dan meneguhkan. Membuang jauh-jauh kata perbezaan dan cuba
untuk mendahului segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan
kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana,
namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah
membuatnya.

Teman, bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghairah menggelora, dengan
segudang ide dan idealisme yang Rabbani. Meniti jembatan yang sama, dengan tekad yang
serupa dan seragam kebesaran jiwa. Bukan untuk sekadar menghabiskan sisa minuman
kehidupan dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia.
Sewajarnya jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang sholeh sebagai
teman kepercayaan.

Ah teman, harus kita terima bahawa berteman bukan bererti untuk selalu bersama secara
harfiah. Suatu saat pasti kita akan terpisah pula. Menempati liku-liku berbeza di setiap
sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya

Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini ku kutipkan untukmu :

Sedingin embunan dedaun kehijauan, sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiring bersatu dan berjuang, meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya, terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira saat bahagia, moga kan kekal menuju Syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
Sengketa dan kesilapan itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

posted by Sue at Saturday, January 08, 2005



~ Monday, December 27, 2004

 ~Bismillahirahmaniraheem~

Assalamualaikum .... Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


wassalam

posted by Sue at Monday, December 27, 2004